Apa itu Diploma Reka Bentuk Grafik?Dan apa Keistimewaan menceburi kos ini?
Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Seni Reka Grafik
(Graphic Design)
(Graphic Design)
Apa itu Seni Reka Grafik ?
Seni Reka Grafik adalah bidang melibatkan proses kreatif yang menggabungkan seni dan teknologi untuk menyampaikan idea melalui komunikasi tampak (visual communication). Pereka Grafik berkemampuan menghasilkan rekaan seperti pembungkusan, iklan-iklan elektronik dan bercetak, piktograf, papan tanda, majalah, logo, identiti korporat,kulit majalah, laman web, brosur dan sebagainya.
Program ini juga memberikan pendedahan serta memperkenalkan kepada pelajar mengenai cara merekacipta sesuatu rekabentuk menggunakan perisian / software grafik komputer bagi menghasilkan rekabentuk grafik untuk pelbagai penerbitan yang berasakan multimedia.
Diploma Seni reka Grafik (Graphic Design) menggabungkan kreativiti dan konsep di dalam bidang industri rekaan grafik yang berkembang pesat hari ini. Pelajar akan memperolehi pemahaman yang luas dan berkemampuan untuk mengaplikasikan pembelajaran yang dipelajari dari subjek-subjek berbentuk teori dan prinsip rekaan, teknik lukisan dan ilustrasi, kemahiran mengendalikan perisian komputer, pengembangan idea, konsep rekaan dan penyelesaian permasalahan di dalam seni reka grafik.
Bidang sesuai kepada mereka yang sangat berminat untuk melakar idea-idea imaginatif supaya dapat direalisasikan di dalam industri dan berkemampuan untuk menggabungkna kreativiti dan konsep yang diperlukan untuk menghasilkan satu rekaan grafik bagi mengaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam hasil kerja mereka yang dapat memenuhi kehendak industri seni reka grafik berkomputer.
Di Antara Kemahiran Yang Diperolehi
Pemahaman Teori, Aplikasi Prinsip Rekaan dan Teknik Lukisan, Illustrasi
Mempelajari teknik lakaran dan ilustrasi bermula dari cetusan idea, perkembangan konsep sehinga ke lakaran akhir hasil kerja grafik. Pengetahuan teori seperti elemen asas rekaan, prinsip rekaan, sejarah rekaan, fotografi, teori warna dan taipografi digabungkan bersama lakaran bagi menghasilkan rekaan grafik yang sejajar dengan kehendak industri.
Kemahiran mengendalikan perisian komputer
Mendedahkan pelajar dengan menggunakan komputer sebagai peralatan penerbitan dekstop, mengaplikasikan lukisan, imej, tipo dan sebagainya dengan menggunakan perisian ilustrasi, manipulasi imej dan reka letak untuk menghasilkan hasil kerja grafik.
Pengiklanan dan Penerbitan
Pengiklanan memperkenalkan trend terkini di dalam sesuatu promosi, pemasaran, membentuk pasaran sasaran, pengguna, teori dan strategi pengiklanan, peletakan produk dan bagaimana iklan memberi impak terhadap sesuatu proses rekaan. Penerbitan memperkenalkan pelajar dengan penghasilan penerbitan yang menggabungkan taip, grafik, warna dan jalinan menggunakan format pelbagai bagi menghasilkan hasil kerja yang baik dan efektif di dalam sesuatu penerbitan.
Rekaan Korporat
Mempelajari tentang proses menghasilkan logo korporat yang memberi impak maksimum dengan memberi penekanan terhadap pemilihan warna, taip, simbol, elemen penjenamaan dan elemen berkaitan. Pelajar akan dilatih untuk menyelesaikan masalah penjenamaan dan identiti korporat beberapa syarikat juga memperlihatkan bagaimana rekaan grafik mempengaruhi sistem identiti korporat mereka.
Prospek Kerjaya
Graduan bereluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Angensi Pengiklanan
- Syarikat Penerbitan
- Syarikat komputer animasi
- Syarikat produksi media baru (New Media)
- Rekaan editorial
- Agensi Penyiaran
- Agensi Kerajaan
- Syarikat pengurus acara (event management) dan pameran (exhibition)
Peluang pekerjaan sebagai:
- Pereka Grafik dan Multimedia
- Jurufoto
- Visualiser dan illustrator
- Perancang Media
- Artis papan cerita
- Pereka Laman Web
- Pereka Grafik Berkomputer
- Illustrator
- Pereka Animasi
sulaman anyaman ukiran duniawi
ReplyDeleteabu atan ali pujaan
syukur taubat hadapan syurgawi
kaiser was the cheif
ReplyDeletediploma rekabentuk grafi
ReplyDeleteptpl kolej sabah
ReplyDeleteblock E
jalan karamunsing
bangunan kuwasa
kota kinabalu
SABAH.
SALAM BERTEMU KEMBALI, OKEY UNTUK UCAPAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA
ReplyDeleteSalam..sy nk tanyer klu sy ambik bidang grafik sy akn blaja kos multimedia jgk ker? Kos yg melibatkn ilustrasi dlm pembikinan animasi karton..
ReplyDeletewasalam... x... sbb kos ni lebih kepada membuat design
DeleteKalau tak pandai melukis, masih bolehkah saya mohon bidang ini...
ReplyDeleteblh je... lau awk btul2 nk belaja kos n
DeleteBoleh ke saya mohon bidang ni wlaupun tk pndai melukis?
ReplyDeleteblh je kalau awk btul2 berminat nk ambil kos n
DeleteCourse ni memerlukan komputer dan kamera khas ke?
ReplyDeletebatter ad leptop sdiri.snang nk buat kerja.kamera xde pown xpe
DeleteSaya skrg diploma dlm bidang ini.nak tanya laptop apa yang sesuai bagi bidang seni reka graphic?
ReplyDeleteleptop ape2 pown ok..yg penting gb leptop besar..sbb bnyk guna software yang saiz besar.
DeleteSaya skrg diploma dlm bidang ini.nak tanya laptop apa yang sesuai bagi bidang seni reka graphic?
ReplyDeleteBoleh saya tahu , subjek apa yg bljr dlm grafik ? Macam mana nak dpt ilham idea kreatif ?
ReplyDeleteKalau smbung kepada ijazah boleh ambik kos ape dan universiti mane boleh mohon
ReplyDeleteKalau tk masuk university pun tk pe kan??
DeleteKos ni ade tak mengajar cara untuk membuat percetakan
ReplyDeleteDulu waktu sekolah saya ambik grafik komunikasi teknikal , sama tak ? Sebab saya suka subject ni dan melukis plan ?
ReplyDeleteramai ke lelaki dlm bidang nie
ReplyDeleteHye nak tnyer bidang dia ada jenis jenis dia ke?
ReplyDeleteTemuduga dia macam mana ya?
ReplyDeletehello , software apa yang perlu ada dekat dalam laptop kalau saya amik course ini ?
ReplyDeleteBagaimana hendak daftar kemasukan 2022?
ReplyDeleteApakah syarat2 kemasukan?